ULAR
Langkah awal jika dipatuk ular
- Perlu bertenang dan jangan panik. Kedua, hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit ular.
- Jangan banyak bergerak supaya bisa racun ular tidak menyebar ke seluruh badan.
- Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang dan kalung sebelum terjadi pembengkakan.
- Usahakan kawasan yang dipatuk berada lebih rendah daripada kedudukan jantung. Boleh juga diletakkan belat supaya meminimumkan pergerakan anggota yang dipatuk (seperti rawatan untuk anggota patah).
- Bersihkan luka tetapi jangan disiram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat tradisional.
- Balut kawasan yang dipatuk dengan kain bersih dan kering.
- Jangan sesekali mengikat dengan ketat anggota yang dipatuk kerana boleh menyebabkan darah tidak boleh mengalir dan ini akan menyulitkan lagi rawatan.
- Jangan sesekali menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan ular dan jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak sepatutnya.
- Terakhir, jangan minum kafein ataupun alkohol serta jangan mencuba untuk menangkap ular tersebut sebaliknya cubalah mengingati warna dan bentuknya sehingga dapat gambaran sebenar bagi memudahkan rawatan selepas itu.
Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.
Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya. Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang. Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.
Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan. Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular. Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin). Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf.
Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama:
Keluarga Elapidae:
Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

- Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
- Bertindak sebagai ejen penghadaman.
Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama:
Keluarga Elapidae:
- Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.
Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.
Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:
Jenis tedung:
*Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.
Ular Keluarga Viperidae:
Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.
Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.
Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.
Jenis tedung:
- Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
- Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
- Lemah-lemah badan.
- Pengeluaran air liur yang berlebihan.
- Mengantuk.
- Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
- Tekanan darah menurun.
- Mata kuyu (ptosis).
- Pandangan menjadi kabur.
- Sawan (konvulsi).
- Badan berpeluh.
- Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
- Komplikasi kardiovaskular.
- Hipotensi.
- Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.
- Jenis katam tebu:
- Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
- Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
- Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
- Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.
- Ular matahari
- Kesakitan pada bekas gigitan.
- Bekas gigitan membengkak.
- Kudis terjadi pada tempat gigitan.
- Gangguan pernafasan
*Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.
Ular Keluarga Viperidae:
Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.
Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.
Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.
Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
Ular keluarga Hydropidae:
Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.
Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam. Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa.
- Sakit yang amat sangat pada tempat gigitan (dalam masa 5 minit).
- Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
- Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
- Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
- Darah tidak membeku.
- Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.
Ular keluarga Hydropidae:
Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.
Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam. Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa.
Langkah Berjaga-jaga
- Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
- Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak.
- Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
- Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
- Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasan pantai atau muara sungai yang berair cetek.
- Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
- Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
- Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjalan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.
- Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.
Apakah itu Dadah?
Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

- Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
- Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
- Diperoleh secara haram
- Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
- Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
- Opiat dan Opiat sintetik
- Stimulan
- Ganja
- Halusinogen
- Depresen
- Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna