Sepatah kata:
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli pihak sekolah dan ibu bapa di Kampung Brumas, AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara diantara pihak sekolah, ibubapa dan pihak syarikat SSB. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan, dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah asset yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk anak-anak kita. Oleh itu, marilah kita bersatu hati menjadi penggerak dalam memaju persatuan ini menjadi lebih dinamik.